Tuesday 15 October 2019

Resepi Sambal Tempoyak Bilis Goreng


Assalamualaikum,

Resepi sangat sedap, sample dan wajib di cuba!!!




Oleh: Azie Kitchen
Di cuba : Dzurlizahmad

Bahan bahan:

2 genggam ikan bilis- dibersihkan dan di goreng
2 batang serai - dititik
1 senduk tempoyak
1 sudu besar gula
Sedikit minyak masak
Garam

Bahan kisar:

8 -10 tangkai cili kering - boleh tambah lagi jika hendak pedas
Sedikit cili padi - iku pedas disukai -Dee letak 2biji tapi xpedas
3 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup - boleh guna serbuk kunyit

Cara cara:
  1. Gorengkan seketika ikan bilis, angkat dan ketepikan
  2. Tumis semua bahan kisar dan serai hingga wangi dan garing. Masukkan tempoyak, kacau sebati.
  3. Masukan sedikit air. Kacau sebati. Perasakan garam dan gula. Akhir sekali masukan ikan bilis. Kacau sebati. Siap.
  4. Selamat mencuba





Monday 30 September 2019

RESEPI SAMBAL GORENG JAWA

( resepi Mak Mertua- simpan untuk rujukan sebab simple dan sedap)

Bahan-bahan
1 biji bawang besar/2 biji bwg besar saiz kecik dihiris halus
2 ulas bawang putih dihiris halus
5 biji lada besar dihiris halus
5-10 biji lada kecik dihiris halus - nak pedas boleh tambah lagi
1/2 genggam ikan bilis
3-4 biji kentang di potong dadu dan digoreng
4-5 keping tempe dipotong dadu dan digoreng
0.50 sen suhun direndam dan dipotong agak2 pendek
Kicap Jalen oren
Garam
Gula
Minyak untuk menumis
Sedikit air


Cara-cara
1. Panaskan minyak. Tumis bawang besar, bawang putih, lada besar, cili padi dan ikan bilis hingga garing.
2. Masukan tempe, kentang. Kacau sebati
3. Masukan suhun. Masukan sedikit air utk bagi suhun lembut. Kacau sebati
4. Masukan kicap -suaikan rasa
5. Masukan garam dan gula - suaikan rasa
6. Siap









Tuesday 3 September 2019

BROWNIES

Tempahan di terima dan boleh pos 1 Malaysia.

Harga bermula (Topping Nuttella)
RM 17 untuk saiz 5 inci
RM 45 untuk saiz 8 inci
RM 65 untuk saiz 10 inci

Tambahan walnut ikut saiz kek)

Kos Pos (SM RM10)

Boleh follow ig : https://www.instagram.com/dzurliza/






Tuesday 16 April 2019

Resepi Sup Ayam Mudah dan Sedap

Assalamualikum,

Hari ini Dee nak share resepi Sup Ayam. Resepi ni Dee belajar dari Mak Mertua Dee. Macam biasalah Dee memang suka masak yang tidak perlu bahan yang banyak-banyak. Nak mudah dan senang je. Sebagai contoh kalau bahan 3/4 sekawan tidak ada tapi kita masih boleh memasak. Jom kita tengok resepi.


Resepi Sup Ayam
Sumber : Dee

Bahan-bahan

1/3 ayam yang di potong kecil
1 tbsp perencah sup ayam adabi + 3 tbsp air - jadikan pes yang agak-agak cair
2 biji bawang kecik - di hiris halus
1 biji bawang besar
1 inci halia - di potong mancis
1 biji kentang - di potong 12 (kiub kecik sebab nak cepat masak)
Garam
Secubit lada sulah -pilihan (Jangan letak banyak sangat, nanti hilang rasa sup)
2 tangkai daun sup - di potong halus
Bawang goreng
Air secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara-cara

  1. Panaskan minyak dengan api perlahan. Masukan bawang kecik, bawang putih dan halia. Tumis hingga naik bau, bawang agak-agak layu dan agak-agak nak garing (jangan hangus).
  2. Masukan pes sup ayam. Kacau hingga terbit minyak.
  3. Masukan ayam. Masak ayam sekejap (agak-agak warna ayam di bahagian luar sudah bertukar warna).
  4. Masukan air. Pastikan paras air sama tinggi dengan paras ayam. Air jangan kurang atau banyak sangat. 
  5. Masukan kentang. Masak hingga kentang empuk. (Kalau nak cepat masak tutup periuk dengan separuh penutup periuk. Jangan tutup habis nanti membuak-buak pulak sup tu nanti).
  6. Bila kentang dah empuk masukan garam dan lada sulah. Rasa tahap kemasinan.
  7. Tutup api. Masukan daun bawang. Kacau sekejap.
  8. Hidangkan dengan daun bawang.
  9. Siap.


SELAMAT MENCUBA!!!





Monday 15 April 2019

Resepi Puding Roti dan Sos Kastard yang Sangat Mudah dan Sedap

Assalamualaikum,

Hari ni nak kongsi resepi Puding Roti dari Cik Epal.

Banyak-banyak resepi, resepi ini lah yang paling mudah dan paling penting senang je nak potong. Macam biasalah Dee memang suka resepi campak-campak ni.

Jom lihat resepi.


Resepi Puding Roti

Bahan-bahan

13 keping roti - 1 bungkus roti gardenia yang kecik - di carik halus
1 kotak kecik kismis
3 cawan susu segar* - dee guna susu low fat nestle
4 tbsp gula*
2 tbsp mentega*
2 biji telur A/B* -dee guna B (di kocak manja-manja dengan sudu terlebih dahulu)
1 tsp esen vanilla*

Cara-cara
  1. Masukan semua bahan yang bertanda *  kecuali roti dan kismis ke dalam mangkuk. Whisk sebati.
  2. Masukan campuran di atas di dalam loyang (oles dengan mentega dahulu)/ bekas aluminium.
  3. Masukan roti berselang seli dengan kismis. Biarkan sekejap hingga roti serap adunan susu tadi.
  4. Bakar dalam oven yang telah di panaskan terlebih dahulu pada suhu 180C selama 1 jam (Oven dee)
  5. Siap

Resepi Sos Kastard

Bahan-bahan

1 tin susu cair
3/4 cawan air
2 tbsp teung kastard
2 tbsp gula - dee guna 3tbsp gula

Cara-cara
  1. Masukan semua bahan di atas ke dalam periuk.
  2. Kacau hingga pekat menggunakan api kecik hingga pekat
  3. Siap.

Texture Puding Roti. Senang nak potong

 So yummy. Rugi tau kalau tidak cuba.




Friday 12 April 2019

Resepi Ayam Goreng Ala-ala KFC

Assalamualikum.

Resepi yang sangat mudah. Hanya ikut langkah-langkah pada packaging Campuran Tepung Goreng Ranggup Serbaguna jenama Bestari.

Tepung Serbaguna ni ada dua jenis satu yang biasa (ori) dan satu lagi yang pedas. Selalunya Dee akan campur dua-dua jenis tepung ini sebab anak Dee tak berapa nak tahan kalau pedas sangat. Bagi Dee lagi sedap kalau campur. Tapi kalau korang memang suka jenis pedas lagi bagus ambik yang pedas.

Jenis pedas


Hanya ikut cara penyediaan. Siap. Senang kan

Harga dalam RM 7-RM8. Agak mahal tetapi boleh guna banyak kali.

Cara Dee

  1. Basuh ayam dan toskan
  2. Ambik 2 sudu besar tepung Bestari dan salut pada ayam rata. Biar sekejap (peram dalam 15-30minit)
  3. Panaskan minyak dengan api sederhana dan minyak yang banyak
  4. Ambik lagi tepung Bestari dan letak atas pinggan leper. Agak2 ye. Golek-golekan ayam pada tepung Bestari. Kalau boleh guna penyepit untuk elak tepung Bestari tidak melekat pada ayam.
  5. Bila minyak sudah betul-betul panas, masukan ayam. Biar ayam masak sebelah bawah dahulu. Dan masak bahagian bawah baru terbalikan sebelah atas. Kalau asyik terbalikan tepung Bestari akan tertanggal.
  6. Selamat mencuba. 
Yang ini Dee campur antara tepung Bestari pedas dengan tepung gandum. Sebab tepung Bestari yang biasa (ori) dah habis.


Sealamat mencuba.


Wednesday 10 April 2019

Resepi Kek Buah Versi Bakar

Assalamualaikum,

Resepi ini di ambik dari Kakak Azie Kitchen. Terima kasih Kak Azie. Resepi yang sangat sedap dan rasa hampir sama dengan Kek Buah Kukus. Manalah tahu siapa yang teringin nak makan Kek Buah Kukus tetapi malas nak kukus selama 4 jam, bolehlah cuba resepi ini.

Tapi resepi di bawah ini resepi yang telah Dee edit ye.



Kek Buah versi bakar

Oleh: Azie Kitchen
Di cuba oleh: Dee

Bahan-Bahan:

250 gram mentega
250 gram buah buahan campuran - rendam dengan air panas 1/2 jam. Tapis.*
4 biji telur gred B
200 gram gula perang
260gm tepung kek -180 gm tepung naik sendiri + 80 gm tepung gandum - ayak
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu besar susu pekat manis

*Ambik 2 sudu besar tepung dari 260gm (di atas) dan gaul serta ratakan pada buah-buahan yang telah di tapis. Ambik 3 sudu besar buah-buhan ini untk hiasan.

Note: Akan datang Dee nak cuba guna 130gm tepung naik sendiri + 130gm tepung gandum. Sebab kek ni sedikit berderai tapi still sedap.

Cara-cara:

Putar mentega dan gula perang sehingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji dengan hadlaju yang sederhana sehingga kembang.

Masukkan esen vanila dan susu pekat. Kemudian masukkan tepung ke dalam adunan dan gaulkan dengan kaedah kaup balik.

Masukkan buah-buahan dan gaulkan perlahan-lahan. Lapik loyang empat segi 8 inci  dengan baking paper dan spary dengan pan-oil (di jual di bakery) pada keliling loyang dan tapak loyang dan bolehlah dituangkan adunan ke dalam loyang tersebut.

Bakar pada suhu 160C selama 1 jam atau sehingga masak bila kek tidak melekat pada lidi atau tester. Pastikan oven sudah di panaskan terlebih dahulu 15minit. 

Sejukkan. Kek lagi sedap dimakan keesokannya.




Dee guna Pan Oil yang jenis ini. Gambar dari goggle.